skip to main | skip to sidebar
SELAMAT DATANG


DIRI SAYA

Unknown
View my complete profile

KELUARGA TERCINTA

KELUARGA TERCINTA

PAUTAN

  • > KPM
  • > PENYATA GAJI
  • > PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
  • > PPD KERIAN
  • > TV3
  • > UTUSAN MALAYSIA

POPULAR POSTS

  • RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
    RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata pelajaran : Bahasa Melayu Kelas : 5 Bestari Bilangan Murid : 30 orang Tema : Perayaan Tajuk : ...
  • HARI DEEPAVALI
    Hari Deepavali
  • WAJ 3106~~ HUBUNGAN ETNIK
    WAJ 3106 Hubungan Etnik Tarikh Serahan - 1 September 2012 Tugasan dalam kumpulan berdua Tajuk mengikut kumpulan yang telah diundi Sedia...
  • PERAYAAN HARI RAYA
    HARI RAYA
  • Syawal Tiba Lagi..
    Berlalunya Ramadhan.... kini Syawal dirai. Tiada apa yang lebih menggembirakan selain bertemu sanak saudara dan raka...
  • SOALAN TUGASAN WAJ3106
    EDU 3106 Budaya dan Pembelajaran Mula : 28 Julai 2012 - Serahan : 11 Ogas 2012 Tugasan : 1. Esei - Sejarah, adat resam, pantang larang, k...
  • TAHUN BARU CINA
    Perayaan Tahun Baru Cina
  • JENIS-JENIS PANTUN
    JENIS-JENIS PANTUN Pantun 2 kerat Pantun 4 kerat Pantun 6 kerat Pantun 8 kerat Pantun 10 kerat Pantun 12 ...
  • PANTUN KANAK-KANAK
    Buai laju-laju Sampai pokok sana Apa dalam baju? Sekuntum bunga Cina Timang tinggi-tinggi Sampai cucur atap ...
  • RAMADHAN
    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana pada har...

SENARAI ENTRI

  • ►  2013 (1)
    • ►  May (1)
  • ▼  2012 (20)
    • ▼  September (5)
      • PERMAINAN KANAK-KANAK
      • TAHUN BARU CINA
      • HARI DEEPAVALI
      • PERAYAAN HARI RAYA
      • RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
    • ►  August (9)
      • Syawal Tiba Lagi..
      • NEGARAKU
    • ►  July (6)

FOLLOWERS

LAGU

Powered By Blogger
FOLLOWER. Powered by Blogger.

C'gu Miela

Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar

PERMAINAN KANAK-KANAK

Friday, 7 September 2012








Permainan kanak-kanak yang diadakan pada 2 September.
Arahan Tugasan :
1. Kemahiran Asas yang digunakan.
2. Tujuan utama permainan.
3.Peralatan yang diperlukan.
4.Keluasan Permainan.
5.Huraikan prosedur, peraturan dan syarat permainan.
6.Aspek keselamatan yang diperlukan
7. Soalan-soalan yang boleh diajukan kepada murid-murid.


Posted by Unknown at 15:50 0 comments  

TAHUN BARU CINA

Perayaan Tahun Baru Cina

Posted by Unknown at 14:53 0 comments  

HARI DEEPAVALI

Hari Deepavali

Posted by Unknown at 14:52 0 comments  

PERAYAAN HARI RAYA

HARI RAYA

Posted by Unknown at 14:52 0 comments  

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Monday, 3 September 2012

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Kelas : 5 Bestari
Bilangan Murid : 30 orang
Tema : Perayaan
Tajuk : Perayaan Di Malaysia  
Tarikh : 16 Ogos 2012
Masa : 60 minit 

Objektif : Pada akhir sesi pembelajaran, murid dapat :    
i.  Menceritakan pengalaman mereka menyambut perayaan secara lisan.
ii. .Membaca  petikan dengan lancar dan sebutan serta intonasi yang betul.
iii. Menulis karangan pendek tentang pengalaman mereka menyambut perayaan.
iii. Membina ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung yang sesuai.
iv. Mengisi maklumat tentang perayaan dalam  jadual  yang disediakan.
Hasil Pembelajaran :
Fokus Utama:    
8.2 Membina dan menulis ayat  tunggal dan majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
Aras 3 (i) Menyediakan perenggan dengan menggunakan ayat tunggal dan majmuk berdasarkan tajuk yang diberikan.

 5.1  Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami petikan yang dibaca.
Aras 2 (i) Membaca pelbagai jenis ayat dengan memberi penekanan pada intonasi berdasarkan tanda bacaan. 

Fokus Sampingan :
1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan dengan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai .
Aras 1 (i) Berbual tentang. sesuatu perkara yang dialami, dilihat atau didengar dengan menggunakan bahasa yang sesuai. 

Kemahiran Bahasa : Mendengar, bertutur  membaca dan menulis
Sistem Bahasa        : Sistem ejaan , ayat tunggal dan majmuk, sebutan dan intonasi
 Ilmu                         : Kajian Tempatan
Nilai Murni                : Hormat -menghormati, kasih sayang, bekerjasama, bertolak- 
                                   ansur, menghargai dan bersyukur

Kemahiran Bernilai  Tambah ( KBT) :
Kemahiran Berfikir          : Menciri, membuat perbezaan, membuat inferens,   
                                         mengkategori  dan menjana idea
Kemahiran Belajar          : Mengumpul, memproses, mengubungkait , mencatat,
                                         melaporkan maklumat, mendengar dengan teliti, menonton   
                                         dengan aktif
Kecerdasan Pelbagai     :  Kinestetik ,Kontekstual, Interpersonal, Intrapesonal  
                                           Verbal-linguistik,                                            
Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah mengalami pengalaman meraikan sesuatu   
                                           perayaan.
Bahan Bantu Mengajar  : Komputer, sambungan internet, video , powerpoint dan  
                                          youtube                                            
Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti P & P
Catatan


Set Induksi

5 minit

Murid ditayangkan klip video yang mengandungi beberapa jenis perayaan di Malaysia
  
  






    1.    Guru menayangkan video tentang perayaan –perayaan yang disambut di Malaysia.  

Klik di sini

     2.    Guru bersoaljawab dengan murid-murid
i.              Apakah perayaan yang kamu lihat?
ii.            Pernahkan kamu meraikan perayaan tersebut?
iii.           Apakah kaum yang merayakan perayaan tersebut? 
    3.    Murid diminta menceritakan perbezaan perayaan mengikut kaum.
    4.    Murid diminta menceritakan pengalaman mereka meraikan perayaan tersebut.
    5.    Guru menjelaskan tajuk pengajaran dan  aktiviti yang dijalankan.


KB : 
~Menghubungkait

BCB :
~Menonton dengan aktif

BBM
~Klip video




Langkah 1

15 minit

   
Guru memberi petikan bacaan melalui powerpoint
berkaitan perayaan di Malaysia

  
i.Hari Raya Aidil Fitri

ii. Tahun Baru Cina

iii. Hari Deepavali 


    1.     Murid dikehendaki melihat pada paparan powerpoint yang disediakan.

    2.    Beberapa orang murid dikehendaki membaca kuat petikan yang dipaparkan.

    3.    Murid-murid yang lain dikehendaki mendengar dan meneliti teks serta memahaminya. 

    4.    Guru bersoaljawab berkaitan  petikan tersebut.

KB :  
~Membuat infrens

  BCB
~Membaca dengan intonasi yang betul
~Mendengar dengan aktif



BBM:
~Teks petikan berbentuk Power point

Langkah 2

15 minit

Murid-murid dibahagikan kepada 3 kumpulan mengikut kecerdasan.


Guru memberi petikan berkaitan perayaan di Malaysia menerusi power point.  

 Kumpulan A :  
  Hari  Raya Aidil Fitri  
Kumpulan B :  
    Tahun Baru Cina  

Kumpulan C :
   Hari Deepavali  


    1.     Murid diarah berada dalam kumpulan yang telah ditetapkan.
    2.     Murid diminta membuat perbincangan berkaitan jenis perayaan berpandukan pada paparan powerpoint.

i.              Nama perayaan
ii.            Kaum yang meraikannya
iii.           Pakaian tradisional yang dipakai
iv.           Makanan tradisi yang dihidangkan
v.            Cara sambutan sesuatu perayaan
vi.           Dan lain-lain

    3.    Murid menulis hasil perbincangan dalam bentuk peta minda

    4.    Murid-murid dikehendaki membentangkan hasil perbincangan.



KB 
~Menghubung kait 
~Menjana idea

BCB
~Memproses  
   maklumat  ~Melapor  
   maklumat  

KP:  
~Verbal linguistik
~Intrapesonal
~Interpesonal  

Nilai murni:
~Bekerjasama ~Hormat  
  menghormati  
~Bertolak ansur

BBM
~Powerpoint

Langkah 3

15 minit


Guru memberi latihan bertulis kepada murid-murid


1.Guru memberi latihan bertulis kepada murid-murid mengikut kumpulan kecerdasan.  

Kumpulan A : membuat karangan pendek berkaitan  perayaan di Malaysia.  

Kumpulan  B : Membina 5 ayat majmuk berkaitan tajuk yang telah dipelajari.  

Kumpulan C: Mengisi maklumat pada rajah yang disediakan.




KB :
~Menjana idea
~Menghubungkait  
~Membuat   
  inferens
~Menciri

BCB
~Mengumpul ~Memproses    
   maklumat

BBM
~Kertas latihan

Penutup

10 minit

Membuat rumusan tentang pelajaran yang diajar.



i.Guru menggalakkan murid murid mengumpul bahan tambahan dari pelbagai sumber bagi menambah pengetahan mereka.
     1.    Murid dibimbing merumuskan kemahiran yang dipelajari hari ini.
     2.    Guru bersoaljawab nilai-nilai murni yang ada semasa sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan.
     3.    Guru  meminta murid mengklik youtube yang disediakan dan menyanyi bersama-sama. 
      Klik di sini



Nilai-nilai Murni :
~Menghargai
~Bersyukur
~Menghormati
~Bekerjasama

BBM
~Youtube


Posted by Unknown at 21:25 0 comments  

Syawal Tiba Lagi..

Sunday, 26 August 2012








Berlalunya Ramadhan.... kini Syawal dirai. Tiada apa yang lebih menggembirakan selain bertemu sanak saudara dan rakan taulan. Bermaafan-maafan menghapus dosa sesama kita ... juga dapat  kita mengeratkan  silaturahim yang kian rapuh. Moga Syawal ini menjadi titik permulaan ke arah  ikatan perhubungan yang lebih baik....Selamat Hari Raya..Insyallah bertemu lagi kita di Syawal akan datang...

Posted by Unknown at 20:46 0 comments  

NEGARAKU

Wednesday, 8 August 2012






NEGARAKU
TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
RAKYAT HIDUP BERSATU DAN MAJU
RAHMAT BAHAGIA TUHAN KURNIAKAN
RAJA KITA SELAMAT BERTAKHTA
RAHMAT BAHAGIA TUHAN KURNIAKAN
RAJA KITA SELAMAT BERTAKHTA 

Peranan Lagu Kebangsaan bukan sahaja untuk membangkitkan semangat patriotik terhadap negara bahkan ianya melambangkan sosiobudaya serta mempaparkan cita-cita, hasrat dan harapan bangsa negara berkenaan. Lagu Kebangsaan Malaysia dinamakan Negaraku. Maksud lirik lagu Negaraku ialah menyeru rakyat dari berbagai bangsa, agama dan sosiobudaya hidup bersatu padu dan mengejar pelbagai kemajuan. Di samping itu lagu ini memohon rahmat dan kebahagiaan dari Allah untuk kesejahteraan raja, rakyat dan negara tercinta Malaysia. Lagu Negaraku asalnya berentak moderato sama seperti kebanyakan negara-negara beraja lain di dunia. Walau bagaimanapun sesuai dengan perkembangan sosioekonomi negara, pada 30 Ogos 1993 iaitu sempena menyambut Perayaan Hari Kebangsaan tahun 1993, kerajaan telah mengubah rentaknya kepada rentak march iaitu lebih cepat dan penuh bersemangat. Rakyat Malaysia yang cintakan negara dan raja perlu mengetahui lebih dalam mengenai Negaraku supaya lebih bersemangat patriotik.

SEJARAH LAGU KEBANGSAAN

Mengikut rekod terdapat dua sumber mengenai asal usul Lagu Kebangsaan sebelum lagu Negaraku ini dijadikan Lagu Kebangsaan Malaysia. Lagu tersebut merupakan Lagu Kebangsaan Negeri Perak dan di samping itu juga lagu yang popular bernama Terang Bulan. Mengikut cerita Tuan Haji Mustafa Albakri, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu, lagu ini telah digunakan buat pertama kali sebagai Lagu Kebesaran Negeri Perak pada tahun 1901 iaitu pada masa pertabalan Raja Edward VII di England.

Sultan Idris Murshidul’adzam Shah (Marhum Rahmatullah) menjadi Sultan Negeri Perak dari tahun 1887 hingga tahun 1916. Pada masa pertabalan Raja Edward VII pada tahun 1901, Sultan Idris telah berangkat ke England sebagai wakil Raja-raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dalam Istiadat Pertabalan tersebut. Apabila tiba di Pelabuhan Southampton, Pegawai Protokol dari pejabat koloni luar naik ke kapal dan bertanyakan Lagu kebesaran Negeri Perak. Adalah menjadi amalan di England pada masa itu bahawa apabila Ketua Negara atau Raja berangkat, lagu kebangsaan negeri tersebut dimainkan.

Pada masa itu Negeri Perak tidak mempunyai lagu kebesarannya sendiri. Raja Harun bin Sultan Abdullah, Setiausaha Sulit kepada Sultan adalah seorang ahli muzik. Beliau walaupun sedar bahawa Negeri Perak tidak mempunyai lagu kebesarannya sendiri tidak mahu mengaku kalah. Beliau memberitahu Pegawai Protokol tersebut bahawa Negeri Perak memang sudah ada lagu kebesarannya sendiri tetapi not lagu tersebut tidak dibawa bersama. Namun begitu beliau menyatakan bahawa beliau boleh memainkan lagu tersebut tanpa not.

Setelah mendengar penerangan Raja Harun bin Sultan Abdullah maka Pegawai Protokol pun membenarkan beliau memainkan lagu tersebut tanpa not. Maka Raja Harun pun memainkan Lagu Kebesaran Negeri Perak tanpa not. Lagu tersebut sebenarnya ialah lagu Terang Bulan. Dengan itu berkumandanglah lagu Terang Bulan di bumi England pada tahun 1901 buat pertama kali dan sekaligus menjadi Lagu Kebesaran Negeri Perak. Dari saat itu lagu Terang Bulan menjadi Lagu Kebangsaan Negeri Perak sehingga ia dijadikan Lagu Kebangsaan Negara dan seterusnya Lagu Kebangsaan Malaysia.

Satu lagi sumber mengenai asal usul lagu Negaraku ialah cerita yang disampaikan oleh Raja Kamarulzaman anak kepada Raja Mansur yang pernah menjadi juruiring kepada Sultan Idris. Beliau menyatakan bahawa lagu Terang Bulan ini mula dijadikan Lagu Kebangsaran Negeri Perak pada tahun 1888 apabila Sultan Idris melawat London iaitu setahun selepas baginda ditabalkan. Baginda Sultan Idris berangkat ke London untuk menghadiri Upacara Kemahkotaan Permaisuri Victoria pada tahun 1888. Setibanya rombongan Diraja di London sebagai persediaan, wakil Permaisuri Victoria telah meminta not Lagu Kebesaran Negeri Perak dari Raja Mansur, juruiring Sultan Idris. Mengikut amalan protokol ketiga itu Lagu Kebesaran Negeri Perak akan dimainkan sebaik sahaja baginda Sultan berangkat masuk ke dewan majlis di mana istiadat yang berkenaan dijalankan. Untuk mengelakkan malu maka dengan kebijaksanaan dan daya usaha Raja Mansur, beliau telah menyatakan bahawa not lagu tersebut terlupa dibawa. Walau bagaimanapun, Raja Mansur memberitahu wakil Permaisuri bahawa sekiranya wakil Permaisuri dapat menyediakan seorang pakar muzik yang boleh membuat not lagu, beliau boleh membunyikannya dengan cara bersiul.

Lagu yang disiulkan itu adalah lagu yang sangat popular dan digemari oleh penduduk Negeri Perak. Maka dengan itu Lagu Kebesaran Negeri Perak buat kali pertamanya dimainkan secara rasmi pada Upacara Kemahkotaan Permaisuri Victoria di London dan lagu itu ialah lagu Terang Bulan. Tuan Haji Mubin Sheppard yang pernah memegang jawatan Pengarah Arkib Negara telah membuat penyelidikan mengenai asal usul lagu Negaraku ini. Beliau mendapati cerita dari dua adik beradik iaitu Raja Aminah binti Almarhum Sultan Abdullah dan Raja Halijah binti Almarhum Sultan Abdullah dan juga dari Raja Kamarulzaman.

Mengikut dua adik beradik ini kali pertama mereka mendengar lagu ini yang sekarang dikenali sebagai Negaraku ialah di Mahe, Kepulauan Seychelles di mana ayahanda mereka iaitu bekas Sultan Perak, Sultan Abdullah menetap dalam buangan. Mengikut mereka lagu tersebut sangat popular di pulau tersebut dan selalu dimainkan oleh Pancaragam Perancis yang biasanya memainkan pelbagai lagu dan membuat pertunjukkan konsert untuk orang ramai di pulau berkenaan. Adalah dipercayai melodi ini telah digubah oleh seorang ahli Muzik bangsa Perancis bernama Pierre Jean de Beranger yang lahir di Perancis pada tahun 1780 dan meninggal dunia pada tahun 1857.

Raja Kamarulzaman juga ada menceritakan bahawa lagu ini telah diperkenalkan oleh Bangsawan dari Indonesia yang sedang membuat pertunjukan di Singapura. Dalam tempoh yang singkat lagu ini telah menjadi popular di Singapura dan diberi nama Terang Bulan. Walaupun lagu ini menjadi Lagu Kebesaran Negeri Perak namun ia dimainkan juga di majlis-majlis sebagai lagu hiburan. Pada masa itu lagu ini terus menjadi Lagu Kebesaran Negeri Perak sehingga dijadikan Lagu Kebangsaan Malaysia dengan nama Negaraku.
PEMILIHAN LAGU NEGARAKU

Pada tahun tahun 1956 semua negeri di Tanah Melayu mempunyai lagu kebesarannya sendiri. Walau bagaimanapun, belum ada sebuah lagu kebangsaan yang merangkumi bagi seluruh negara. Pada ketika itu Malaya berada di ambang kemerdekaan maka wajarlah ia mempunyai sebuah lagu kebangsaan sendiri. Maka dengan itu satu ketetapan telah diambil untuk mendapatkan sebuah lagu kebangsaan bercorak patriotik yang merangkumi seluruh negara. Y.T.M. Tunku Abdul Rahman yang menjadi Ketua Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada ketika itu telah membuat ketetapan agar sebuah lagu kebangsaan dicipta sebelum merdeka. Ekoran dari ketetapan ini satu jawatankuasa telah dibentuk di mana bertujuan untuk mendapatkan sebuah lagu kebangsaan yang sesuai bagi Malaya yang bakal merdeka.

Y.T.M. Tunku Abdul Rahman mencadangkan agar diadakan satu pertandingan mencipta lagu kebangsaan. Cadangan Y.T.M. Tunku ini dipersetujui dan dilaksanakan. Pertandingan ini bukan sahaja terhad kepada penduduk Malaya tetapi telah dibuka ke seluruh dunia dan hasilnya sebanyak 514 buah lagu telah diterima dari seluruh dunia. Untuk memilihnya sebuah jawatankuasa telah dibentuk untuk membuat pemilihan dengan teliti dan sempurna.

Jawatankuasa pemilihan ini terdiri daripada :
Pengerusi :
1.Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj
Ahli-ahli :
2.Tuan Haji Mustafa Albakri, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu mewakili Raja-raja.
3.Dato’ Abdul Razak Hussein, Menteri Pelajaran.
4.Encik Ya’akob Latiff, Pengarah Penerangan.
5.Encik D.S.P. Croft, Pengarah Muzik, Band Polis Persekutuan.
6.Kapt. Lenthall, Pengarah Muzik, Askar Melayu.
7.Encik A.T. Read, Pengarah Penyiaran Radio.

Jawatankuasa ini menjalankan tugasnya dengan bersungguh-sungguh. Mereka meneliti setiap lagu yang diterima. Namun demikian Jawatankuasa ini berpendapat bahawa tidak ada sebuah lagu dari 514 lagu yang dikemukakan yang dianggap sesuai untuk dijadikan lagu kebangsaan. Jawatankuasa ini kemudian berpendapat satu cara lagi untuk memperolehi lagu kebangsaan yang baik ialah dengan menjemput beberapa penggubah lagu yang ternama untuk menciptanya. Dengan itu jawatankuasa ini membuat keputusan mempelawa beberapa penggubah lagu yang masyhur bertaraf antarabangsa untuk mencipta khas lagu kebangsaan ini. Mereka yang dijemput khas untuk menggubah lagu kebangsaan ini adalah terdiri daripada :
1. Benjamin Britten
2. Sir William Walton
3. Carlo Menetti dan
4. Zubir Said

Mereka telah menggubah dan mencipta beberapa lagu kebangsaan untuk diteliti oleh sebuah Panel Hakim yang dibentuk khas untuk membuat pertimbangan. Panel Hakim berpendapat bahawa lagu ciptaan mereka adalah tinggi mutunya namun mereka masih berpendapat bahawa tidak ada sebuah lagu yang boleh dianggap sesuai untuk dijadikan lagu kebangsaan.

Setelah dipertandingkan dan setelah mempelawa beberapa ahli penggubah lagu termasyhur masih belum memperolehi hasil yang diharapkan maka akhirnya Jawatankuasa ini membuat keputusan untuk mendengar kesemua lagu negeri yang sedia ada. Tujuannya ialah untuk mengenalpasti sama ada di antara lagu-lagu kebesaran negeri ini ada yang sesuai untuk dijadikan lagu kebangsaan negara. Setelah mendengar kesemua lagu negeri maka Jawatankuasa ini telah membuat keputusan bahawa Lagu Kebesaran Negeri Perak adalah sangat sesuai untuk dijadikan sebagai lagu kebangsaan negara. Maka dengan itu jadilah lagu itu sebagai Lagu Kebangsaan Malaya yang merdeka dan akhirnya Lagu Kebangsaan Malaysia. Senikata lagu kebangsaan ini telah ditulis bersama oleh Panel Hakim di mana Y.T.M. Tunku Abdul Rahman telah memainkan peranan yang penting.

Posted by Unknown at 19:40 0 comments  

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod